Selepas dua tahun tertangguh, rezeki menjadi tetamu di tanah suci bagi mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh bakal jemaah.<br /><br />Namun tidak semua bertuah menerima seruan untuk melaksanakan Rukun Islam Kelima itu.<br /><br />Mohamed Eswadi Mohamad Ali dan isteri, Nur Shahidah Ibrahim, antara 14,306 individu yang menerima surat tawaran Haji bagi tahun 2022.
